Angan-angan anak pompuan Mat Jenin.

Finally dah dapat kijang emas balik. Dengan harga diskaun, courtesy of my mother yang pandai betul tawar menawar. Masa nih lah sayang aq melimpah ruap kat mama aq, time len, mula lah aq jadi anak x mengenang budi! Kalau tak:

1. harga drive shift = RM70++
2. penyebab bila corner je ade bunyi macam sendi nak terkeriuk patah = RM200 sepasang + RM45 upah pasang. Mind you, yang kena ganti dua-dua belah, jadi sila lah darabkan nilai tersebut dengan digit '2' = RM490.

Mama cakap ngan orang tuh, last2 jadi RM360. Kalau aq, x reti nye nak tawar menawar, jadi ikan tawar je sudahnye, kah kah kah.. ;p Tapi Encik Ismail cakap compressor ade problem, sebab die perasan air cond macam x berapa nak sejuk. Problem air cond tuh memang ada pun, tapi aq x fix lagi lah, sebab duit tarak. Kena tunggu gaji aq masuk dulu, baru boleh spend sket. But then again, aq dah betul2 plan ape aq nak buat dengan duit gaji aq nanti (nampak sangat x sabar).. Huaa... kena buat calculation lagi la ni.. T.T

Tapi agak terkilan, sebab dua tiga hari dah usung dua-dua keta mama & abah ke hulu ke hilir untuk settle hal-hal aq skali dengan passport renewal, aq terasa power kijang emas agak... dissappointing, hahaha.. ;p Well, nak buat macamane, mane boleh compare kete cc tinggi + auto daripada kijang emas yang cc rendah + manual lagi compact kan, tapi yang x best bila bawak kete besar, walaupun boleh bawak laju (suke!) susah nak agak distance, so bila time bawak & lebih lebih lagi time parking memang kena betul-betul berhati-hati.


Adik aq arini hampir membuatkan jantung aq terkeluar daripada posisinya dengan hampir-hampir menyeretkan BM (budak biru muda) abah aq dengan kete sebelah nye bile nak masuk simpang ke Mydin. Adik aq bagi signal ke kiri, tapi die tak betul2 masuk ke lane kiri, tapi kereta yang di blakang assume kitorg nak masuk ke kiri so die langsung pecut ke sebelah kanan. Adik aq yang x jadi nak masuk ke kiri hampir nak berlanggar dengan kete sebuah tuh, mujur orang tuh pecut, so x kena, fuhhhh.. Kus semangat! Conclusion? Balik dari Mydin definitely aq yang drive.

Oh ya, next week x silap aq hari jumaat nak pegi Johor Bharu. Finally parents aq betul2 plan untuk travel ke luar negara! Erk, Singapore je pun, tapi luar negara la jugak tuh kan, kekeke.. ;p Tu pasal la semangat nak renew passport bagai, since bile dah capai 6 bulan sebelum passport tamat tempoh, memang kena renew kalau x xley travel outside of the country. Walhal passport aq x penah guna pun, takat bayar buta-buta RM100 untuk tempoh 2 tahun habis macam tuh je lah. Hahaha.. ;p

Apa nak buat kat Singapore? Nak pegi jenguk Universal Studios. Ikut package tak silap. So doakan aq x disuruh bekerja waktu ini. First time betul-betul jadi nak travel oversea boleh pulak kena kerja kan, memang meraung lah aq dok tenung NOC screen waktu kerja kan, fuh, racun tuh... =.="

Apa basic plan yang aq dah lay out untuk duit gaji?

1. RM300 : Parents for starters. Aq wajibkan tiap2 bulan mesti bagi at least this much, even if I have to starve. I've been an ungrateful child for so long, I need to do this to straighten my humanity and compassion.
2. RM1000 : Savings. Wajib untuk disimpan, x boleh dikeluarkan sama sekali unless for darurat cases, which I dear God hope won't be a long list.
3. RM100 : My grandparents. For a reason.
4. Cut RM500 for those KWSP, income tax craps that I haven't got a single clue as to what they are, but I'm sure I'm gonna learn about them soon enough. I'm not exactly sure how much those things amount to, so I'm just gonna go with the maximum amount of money I think they're gonna cut from the monthly salary.
5. Food a day harapnya lah hanya RM10, so dalam 31 hari = RM310. *nak bawak bekal pegi kerja macam mase jadi trainee at TMRND, jimat!*
6. Minyak Kijang Emas seminggu RM50 provided that I do not travel much, which in a month with 4 weeks should be RM200.

Damn! Daripada RM2600 dah tinggal RM190 je untuk belanje benda-benda lain????!!! Hahahahah.. :))


Nasib baik Kijang Emas dah nak habis bayar. For the record, Kijang Emas was born in 2003, it is 2011, so the girl's age is 8 years. Dah tua la, patut pun asyik sakit 2, 3 tahun nih. Lagipun aq tuan die yang latest nih tak tahu kejadah pun pasal kete, hence penjagaan rapi adalah jauh panggang dari api.

RM1000 savings tuh nak buat ape cik kak?? Umm.. Umm.. saya nak... saya nak...

5 bulan = RM5000. dah boleh start pakai braces dah. :)


10 bulan = RM10 000. dah boleh buat down payment untuk kereta Proton Saga cukup lah, in case kalau adik aq nak guna kereta pulak, mama kate serah je Kijang Emas kat Mirul & aq carik kete lain. Tapi harap nya x perlu dulu la ye, aq still sayang Kijang Emas weyh, aq baru nak blajar berjimat nih, wuuu~ *sob sob*


- 12 bulan / 1 tahun = RM12,000. boleh buat down payment rumah ape. If possible, aq nak travel ke luar negara tiap-tiap tahun. Hahahaha.. Tinggi gila angan-angan aq! XD


- 50 bulan = RM50,000. boleh sambung Masters. Either MBA / Management IT. Depends on nature of my work, mana satu yang lebih memberi faedah / any other courses yang lebih sesuai kalau ada. Hm. tapi 50 bulan is approximately 4 years, lama sangat la pulak nak sambung, otak dah berkarat nanti. Solution: scholarship again. --> If company boleh sponsor, aminnnn~ *grin*



Mama kate beli je rumah dekat Putrajaya nih, cari yang Semi-D. And do you know how much a Semi-D in Putrajaya costs? According to my mum, it is approximately 1 million = RM1,000 000 = RM1,000 X 1000 bulan = 83.33 tahun! Eeeek! *Eh lupa plak boleh buat loan rumah*

Ya Allah!!! Aq dah mula fikir pasal masa depan ke nih???? Silap-silap dah plan sekali nak kawen! Kyaaaa...!!!! *aq x nak kek, nak pulut kuning, aq x nak sanding, berpeluh sume & nak kena senyum x hengat dunia, eh jimat ape~*

P/S 1: Kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. yang menentukannya~ 

P/S 2: Dah tengok Maharaja Lawak Mega belum?? Abah aq 
subscribe Astro Warna semata-mata nak tengok program nih, hahahaha.. ;p


****************************************** 
.::Human Interaction Proves Fatal to Me::. 

******************************************

Glitter  
Words