Apa salahku?

Datang lah satu hamba Allah ke kedai dobi family daku untuk menghantar baju beliau.

*** RE-ENACTMENT : START ***

Customer: "Dry clean." *Letak plastik baju atas kaunter*

Aq: "Ok. Tapi dry clean dapat hari Jumaat la ye. Pukul 5 petang."

Customer: "Tak boleh dapat lagi awal ke? So satu minggu la nih??" *Muka berkerut tak puas hati*

Aq: "Tak dapat, encik. Sebab orang yang hantar baju dry cleaning tuh dia akan datang hari Jumaat untuk hantar."

Customer: "Hm. Betul dapat hari Jumaat? Sebab hari Sabtu saya nak pegi London nih. Pastikan hari Jumaat memang betul-betul boleh dapat."

Aq: "Ye memang akan dapat hari Jumaat. Nama siapa ya? No. telefon?" *mengakses system*

Customer tersebut memberitahu nama & no tel, lalu mengeluarkan baju daripada plastik.

Customer: "Owner bila ada kat kedai? Bila dia biasa datang? Harini tak datang?"

Aq: "Biasa dia tak datang. Kalau datang pun, waktu petang, sebab nak hantar baju yang dah siap."

Customer: "Habis tuh, awak jaga lah?"

Aq: "Saya cuma jaga sekejap je, hari sabtu. Hari lain ada pembantu kedai lain yang jaga. Berapa piece eh?"

Customer: "Awak kira la."

Aq: "Encik cakap je berapa helai pakaian, saya akan sort nanti betul-betul jenis pakaian."

Customer: "Hah?? Ade ke macam tuh?! Awak nih macam tak yakin je saya tengok." *muka dah berkerut seribu*

Aq: "Biasa saya ambik saya akan tanye berapa piece dulu, then baru check jenis baju encik betul-betul, sebab saya takut tersalah sort."

Customer: "Mana boleh macam tu! Biasa awak lah kena sort sendiri, tengok berapa helai, ade rosak ke tak baju apa sumer. Ada ke ambik piece aje. Kalau ade baju rosak macam mane? Awak kena check satu-satu. Kalau ada baju yang rosak, awak jugak yang disalahkan karang!"

Aq cuma mampu meneguk air liur, tangan aq dah menggigil, jantung berdegup macam kuda lepas lari.

Customer: "Saya betul-betul tak puas hati lah. Ade ke awak layan customer macam nih. Kalau owner dia, dia akan check satu-satu, tengok ade koyak ke tak. Ni tak. Karang saya pergi kedai lain karang." *bungkus balik sume baju-baju dia*

One thing for sure, aq tak tahu apa yang aq dah buat salah. Aq cukup positive aq layan beliau dengan elok aje.

Aq: "Kalau macam tuh, encik boleh pegi tengok dekat Domain sane.." *seriously aq bukan perli dia masa aq cakap benda ni, sebab aq tengah dalam ketakutan dengan amarah dia yang membuak-buak*

Customer: "Huh, awak nih sombong lah. Memang betul-betul sombong. Ade ke patut awak suruh saya pegi kedai lain. Saya nih regular customer tau. Nak saya complaint pada owner die ke??!" *nada menengking*

Aq langsung speechless. Dah kate nak pegi kedai lain, aq tunjuk la direction, itu pun salah ke?! =.="

Aq: "Saya betul-betul tak tau apa yang saya dah buat salah, encik."

Customer: "Biasa dengan owner, dia akan kira betul-betul la. tengok satu-satu pakaian macamane." *mengomel panjang dengan tangan tergawang-gawang tanda tak puas hati dengan tangan sebelah lagi pegang plastik baju*

Aq: "Ok encik. Macam nih lah. Saya mintak maaf. Bagi saya kira betul-betul baju tu, encik tengok ya."

Customer:  "Biar saya tengok lah, saya nak awak kira betul-betul. " *bukak balik beg plastik dia atas kaunter sambil mengomel tak puas hati*

Aq: "Ok, saya minta maaf kalau saya tersilap. Mintak maaf banyak-banyak, bagi saya customer is always right."

Customer tersebut menilik baju satu persatu sambil mengira jumlah. Aq pun mengira baju yang diletakkan atas kaunter semula, dan memasukkannya ke dalam plastik baju. Aq capai resit kosong dan kutulis jenis baju dan jumlah yang dikatakan.

Customer: "Tulis dalam resit tuh bila akan dapat."

Aq: "Okay, saya confirmkan balik. No tel encik, 01X-XXXXXXX. Betul ye?"

Customer tersebut mengangguk kepala dengan pantas, dengan tangan diletakkan possesively di perut. Aq pun menghulur resit kepada beliau. Beliau mengambilnya dan merenung resit tersebut dalam waktu yang aq rasakan lama sekali.

Customer: "Okay. Terima kasih. *nada masih sedikit tak puas hati di situ*

Aq: "Terima kasih." 

Aq lemparkan sedikit senyuman waktu beliau berpaling untuk keluar sekadar penyejuk hati, biarpun beliau langsung tidak membalas sewaktu keluar dari kedai.

*** RE-ENACTMENT : END ***

Sejurus customer tersebut berlalu pergi, aq perasan tangan aq masih menggeletar tak henti. Jantung masih mengepam darah dengan laju, walaupun perasaan mula sedikit lega. Rasa macam air mata nak mengalir, tapi ku tahankan jua. Ya Allah, he's not worth any of my damn tears.

Foreigners pun datang dengan penuh sopan santun. Tapi orang Malaysia kita sendiri? Ini Muslim. Kalau aq silap pun, tak perlu lah menengking kasar, kita saudara se-Islam, wajarlah ditegur dengan berhemah.

Tak lama aq mampu tahan rasa, terburai juga kantung air mata bila terkenang betapa kerdil dan hinanya diri ini, sehingga ditengking sedemikian rupa. Sebelumnya, sering kali rasa amarah membuak-buak untuk orang lain bagaikan api yang disimbah petrol. Tapi semuanya sekadar disimpan dalam hati, kecuali bagi mereka yang dirasakan selesa untuk dimuntahkan rasa tidak puas hati, aq luahkan jua. Namun kali ini, perasaan terpinga-pinga lebih meraja.

Dalam hati, aq berdoa flight beliau terhempas di hutan dan beliau dimakan binatang buas atau kanibal. Ko apehal nak marah-marah tiba-tiba??! Period ke??! Oh wait, there goes my anger steam. *naik angin*


****************************************** 
.::Human Interaction Proves Fatal to Me::. 

******************************************

  1. gravatar

    # by LaLa Cr4Zy g!rL - Tue Nov 01, 02:27:00 PM

    saya uka ending dea.... haha!~

Glitter  
Words