Universal Studios Singapore.

Agak kelam kabut alkisah percutian sebelum Hari Raya Aidiladha family aq.

Hari Jumaat last day Induction training kat Menara TM, program selesai sebelum 12 tengahari, sebab building tour x berapa nak tour sangat, since certain places macam helipad x boleh access, as security x benarkan because cuaca yang x menentu, takut bahaya. But then again, x kesah lah, sebab aq bukannya kerja Menara pun kan. Habis je program, langsung lunch sekali ngan members yang training sekali, kena withdraw duit lagi since dah pokai bayar tiket ERL yang betul2 cekik darah. T.T

After lunch (harga RM5.50 jugak walhal aq amik lagi sikit daripada haritu hai cekik darah lagi), head back to Putrajaya. Kate En. Nazri utk yang kena report duty di negeri lain boleh report duty lepas Raya Haji, berangan la jugak sebab Cyberjaya kat Selangor, negeri lain la jugak tuh kan, hua hua hua.. tapi ternyata kena report duty jugak. ;p

Actually x kesah pun report duty bila, cuma aq risau sebab takut terus start kerja shift, and family aq dah plan nak pegi Singapore jenguk Universal Studios, aq x nak kena tinggal, wuuu~ :(

Tapi mujur lah shift time hanya mula 18hb, around 2 weeks kena training dulu, so follow office hours dulu, 8.30am - 5.30pm. Jadi dalam hati dah melonjak-lonjak riang sebab dapat peluang untuk pergi ke Singapore, weee.. :D

Balik hari Jumaat rupa2nya pukul 5 petang, aq ingatkan 5.30pm, tapi layankan je la, sebab kitorg duk terlongo kat sofa lepas solat Jumaat x buat ape. Datang2 cuma dibagi briefing oleh Mr. Jaya selaku AGM, then diperkenalkan dengan unit members, dan activate smartcard supaya boleh access building. Kak Lia yang bawak kitorg tour bagitau serba sedikit tentang unit Call Centre, bagi schedule kerja.

So basically kerja aq adalah mengikut shift:

1. Morning = 7.30am - 3pm
2. Evening = 3pm - 10pm
3. Night = 10pm - 8am
4. 2 hari cuti. 

Contoh:
Monday: Morning 
Tuesday: Morning
Wednesday: Evening 
Thursday: Evening
Friday: Night
Saturday: Night
Sunday: Holiday
Monday: Holiday

Lepas tu kitaran bermula semula, back to morning shift. Boleh la untuk hidup. Cuma shift malam tuh aq seram sikit. Masa earn RM50 kat Giant waktu malam tuh pun mata xley nak bukak, aq takut aq yang assistant team leader (TL) yang terlentok kat meja, instead of staff bawah aq, kang betul x senonoh pulak rupa, sangat x professional... =.="

Okeh enough la pasal kerja aq, belum start lagi, so x tau lagi ape cerita kerja kat situ kan. Yang penting nih trip aq kat Singapore! Weee!!!!

Balik2 je dari kerja, settle semua hal kat kedai dobi, amik adik aq dari ERL (die baru lepas exam) dan kemas 2 helai baju since satu hari je pun masuk Singapore. Bertolak lepas Maghrib, memang merasa la jam kat highway menuju ke Johor Bahru tuh kan. Sampai kat The Pan Pacific Hotel kat Johor Bharu dalam pukul 2 pagi, agak rugi abah aq bayar dalam package die, waktu check in pukul 3 petang, tapi dah adik aq ade exam, campur lagi aq punye report duty & hal kedai dobi, xkan blah macam tuh je kan. Tapi yang penting sampai. Dah sampai ape lagi tidur la! :p

Bangun pagi enjoy view from the hotel room, sarapan kat lobby. Makanan sedap-sedap!!! Rambang mata tengok, hahahaha.. :D


View from hotel room.




Omelette yang dibuat fresh, sangat sedap! So aq amik gambar bahan-bahan die untuk panduan, mane tau nanti nk buat jugak kan, hehe.. ;p

Bahan-bahan: ayam, daun bawang, bawang merah, cheese, tomato, telur of course, erk the rest aq x sure bahan ape, x tengok betul2, keh keh keh.. ;p



Ternyata ada hockey tournament! Hockey players die duk kat hotel tu! Waktu pagi nampak diorg keluar masuk hotel lepas training.


Nih rasenye player Pakisan.


Comel tak? Player dari Korea! Peace! hahahahahahah!!! XD


Lagi player Korea.


Hai la sempat lagi senyum, jangan la you, cair la I camtu....! hahahaha.. :D


Shuttle sampai ke lobby hotel dalam nak dekat pukul 9.30am untuk amik kitorg. Gile banyak kereta nak masuk Singapore. Though one thing I really don't like, kastam die punye budi bahasa agak down the toilet. Semata-mata tersilap tarikh lahir di kad adik aq, langsung abah aq yang cuba clarify benda tuh kena bidas. I really don't like that guy. Betul2 mencacatkan trip. I like Malaysia much more in terms of budi bahasa.


Finally in Singapore at last.


Building2 sangat lah tinggi dan pelbagai. 



Dari bridge, nampak logo Sentosa Resorts World. Dalam nye Universal Studios.


Pagi pun dah ramai gila kat entrance ke Universal Studios. 


Bile dah sampai kat entry gate, ternyata ticket yang family kitorg dapat daripada travel agent x boleh pakai! They have something called Blackout Day, bila a few days sebelum holiday, memang x boleh pakai open tiket. Kena guna tiket yang memang intended untuk masuk for the day only (tarikh masuk yang exact kena state dalam tiket). Tapi dalam case open tiket, tiket tuh akan state 'valid from 'DATE 1' to 'DATE 2'. Gelabah jugak lah, sebab in the end kena beli tiket sendiri, takut tiket dah habis, sia-sia je. Mujur abah aq sempat tukar duit (cash yang dibawa x seberapa) untuk beli tiket berharga Singapore Dollar 72 / person. Mahal, lagi-lagi nak kena beli untuk 5 orang. Kesian abah aq. :( 

Tapi seronok la jugak duduk dalam tuh, sebab macam-macam ada. Banyak jugak live characters yang kitorang sempat bergambar sekali. 


Aq x ingat character ape nih, burung belatuk punye awek kowt.. ;p
FOUND IT: WINNIE WOODPECKER! :D


Aq x tau la apsal abah insist kitorg amik gambar ngan die ni. Muka garang gile. Serammm.. hahaha.. :))


Marilyn Monroe. Nasib bukan berdiri atas air ventilation system, kalau tak, melayang kain. :D


Galak sungguh adik aq bergambar dengan Betty Boop. 
Ish, budak sekolah agama nih, hahahahaha.. XD


Show yang kitorg nampak dari dalam Diner. Makanan mahal, tapi burger die besar! Air milo pun sedap! :)


Frankenstein Monster.


Em, aq x sure nih sape, hahaha.. ;p
FOUND IT: SHE'S MAE WEST! :)





B-boys performance. 


Volunteers to dance, including this kid. Seronok tengok die cuba try gaya breakdance, comel! :D



Semua roller coaster aq & adik aq dah naik. Semua buat aq rase macam nak sakit jantung!!! Hahaha.. ade satu yang kaki tergantung, memang seram gile sebab takde tempat nak berpijak. 3 daripada 4 yang kitorg naik tu high speed roller coaster, memang laju ya Allah, seyes rasa macam nak jatuh dari tempat duduk~ @_@


Keluar je dari Universal Studios, singgah di Masjid Sultan untuk solat, then pegi beli Murtabak Singapore di Arab Street. Yang kecik 5SGD, yang besar 8SGD. On the way pegi Masjid Sultan, aq baru perasan tapak kasut aq dh separuh tercabut! Mujur tak tercabut time naik roller coaster last yang kaki tergantung tuh, kalau tak tapak kasut tuh dah melayang ke kepala ntah sape-sape, hahahaha.. XD

Sampai balik ke hotel dalam waktu Maghrib, walaupun dah check out dari hotel tapi still kereta parking kat situ. On the way, singgah R&R yang kotor betul, tapi belasah je la, lapar ngantuk sume ada. Bila dah mula perjalanan lagi, aq dah terlentok. Tersedar balik bila abah aq berhenti kat somewhere untuk take a nap. Bile aq dah sedar semula, tengok2 dah sampai rumah. Arrive rumah dalam pukul 3 pagi. Memang langsung serang katil je. 

Since x boleh solat, tidur sampai la tengahari, walaupun Hari Raya Haji, kwang kwang kwang. Sangat x senonoh ok, jangan tiru macam saya. ;p

So sekarang boleh la update blog, dh well rested, tapi perut sebu, ntah ape yang aq makan sampai sakit pulak, adeih.. Okeh, gtg, running man episode 66 memanggil-manggil, wee.. :D  

****************************************** 
.::Human Interaction Proves Fatal to Me::. 

******************************************

  1. gravatar

    # by rLelouch - Thu Nov 10, 10:04:00 PM

    hahahaha lawak ar mira ni~ perlu ke tunjuk henpon iphone tersebut?

    XD

  2. gravatar

    # by Mirasan - Fri Nov 11, 08:43:00 AM

    eh perlu la.. bernilai tuh, time rumah aq xde letrik ritu hp aq tu jugak yang dibawak ke hulu ke hilir utk suluh lampu, iphone bapak aq pn xley lawan weyh, muahahahaha.. XD

Glitter  
Words